18 September 2007, Tuesday
Aku seorang yang agak vokal... terutamanya dalam mesyuarat bila ada usul atau pendapat yang ingin diketengahkan. Hari ni, disebelah pagi berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan +++ di Kementerian +++. Melihat kepada agenda mesyuarat, tiada isu yang melibatkan company aku. Kehadiran aku sekadar memastikan aku memahami konteks menyeluruh dan isu yang dibincangkan. Aku rasa, dekat 50 orang yang hadir daripada pelbagai agensi. Mesyuarat berlarutan selama 3 jam. Ye lah...kalau dah ada sampai 8 kertas kerja yang nak dibincangkan, mau tak lama. Dan nampaknya, aku tak boleh lari daripada bercakap dalam mesyuarat macam ni. Tetiba je, Chairman minta aku punya views on the issue discussed. Terpaksalah aku kongsi my 2 cents worth of ideas.
Dalam pukul 12 lebih, aku balik ke office. Aku bercadang nak ambik cuti half day disebelah petang. Memandangkan waktu lunch aku takde plan, MM, AAA and RMM ajak main Boggle kat bilik MM. Aku ni memang malas main games yang kena pikir-pikir ni...tapi apa salahnya mencuba. ARG pun ada. Memanglah aku tak reti main and asyik dapat tempat tercorot je. But I must say that I enjoyed the game.
Walaupun aku cuti, tapi sebab ada benda urgent aku stayed back sampai pukul 4 p.m. Bila sampai kat rumah, aku sempat berehat kejap je, sebab aku janji dengan HA and MN untuk berbuka puasa kat kedai asam pedas di Kampung Baru. Aku janji to meet HA kat Putra Station, Kampung Baru at 6:30 p.m. Aku sampai awal pulak di Kg Baru, and HA and MN lambat sikit sebab jalan jam.
Malangnya, kedai asam pedas kegemaran tu tutup pulak... hisshhh... hampeh betul. We ended up kat Juwara Tomyam for buka puasa. Lepas buka puasa we all singgah kat surau Jawa untuk Maghrib. Cantik view from surau ni... mengadap KLCC. Aku pun snapped some photos. Terawih buat kat rumah je lah. Lepas tu, HA dropped me off kat LRT Masjid Jamek sebab dia nak balik ke office. Aku balik terus ke rumah...
No comments:
Post a Comment