Alamanda

9 December 2007

Hari ni aku dah janji dengan NM and MZ untuk ke kenduri kawen our colleague di Taman Botani Putrajaya. Semalam, aku dah gigih membeli hadiah kat Sogo. All wrapped and ready to go. Entahle... for the past one year, for every wedding that I attended, aku kasi benda yg sama... this german made cutlery set. Selagi tak kena keji dengan sesiapa, I guess I will continue buying... or sementara stock masih ada ;-)

Aku janji nak jumpa NM kat office kul 12:30 p.m. Tetiba pagi tu Y pun ajak pegi dengan dia and family. Hmm...dah janji dengan NM, takkan aku nak kench plak kan? So aku pun menolak lah pelawaan Y. Jumpa kat sana je lah.

Sebaik sahaja aku sampai kat office, dari jauh kelihatan NM persis 'air bandung bergerak'.... dengan tema yang sungguh pink. Rambut pulak begitu anggun setelah didandan oleh 'car wash' ternama di KL ni [private joke... tak payah tahu]. Si MZ pulak baru tengah mandi. Pukul 1:00 pm baru lah bertolak. Si Ali and family pun berkonvoi bersama. Aku yg tak lagi breakfast sudah meracun NM untuk isi minyak.... dah separa kebulur ni. Kalau lambat makan, nanti perut masuk angin... aku gak yang sengsara. Somewhere near Bangi baru berhenti untuk isi minyak. Aku ni pulak pegi memborong makanan segala, sandwich lah, corn, dan berbotol-botol air.... (and lepas ni nak pegi makan kenduri nih...sekian!!).

Sampai ke tempat kenduri, hari dah macam nak hujan. MS pun baru sampai.... so meriahlah jugak. Tetapi, mak ai, ramainya orang.... kena beratur bagai. Tapi adat kenduri kahwin lah kann... nak makan senang, dok makan kat rumah je lah.

Waktu aku baru beratur, Y and family dah tengah makan... cepat betul diaorang sampai. Aku lepak semeja ngan NM, MZ, RS, MS, Ros and family and some other colleagues.

Lepas wedding, aku, NM, MZ, Ali sekeluarga dan Y sekeluarga bersetuju untuk ke Alamanda. Jakun tak jakun, inilah kali pertama aku ke Alamanda. Ada sedikit sesat jugak larr... Alamanda is not as 'gempak' as I expected... tapi tak le keji. Cuma, some of my favorite shops/brands takde kat situ. Tapi, as long as ada Starbucks, I can survive. He he. So all of us melepak kat Sbucks.

Lepas Sbucks, we all berpecah. Aku dah terjebak beli standing fan that comes with a remote control. Tanpa diduga, aku terserempak dengan my ex schoolmate waktu form 4 & 5 dulu. Sepatlah berborak tanya khabar. Lepas tu aku ternampak someone yg aku rasa kawan baik aku kat sekolah dulu, tapi tak berani nak tegur sebab he looks unfriendly with jambang and all (Come to think of it, it was my mistake to prejudge him sebelum menegur... rasa bersalah plak).

Balik pun dah lewat, sampai rumah dalam kul 8 malam lebih. Dalam pukul 10 malam, Y datang rumah. We went out for dinner and borak-borak pasal issues surrounding us. Sebab mamat ni suka sangat kaler kuning, aku ada belikan something yellow that I thought would fit his craze for yellow things... We lepak for a while and he left at about 11:45 p.m.

Nota kaki: Selamat Pengantin Baru...you know who you are...

4 comments:

ukanera arenaku said...

aiyo... air bandung bergerak! hehehe.

looka80 said...

been to alamanda once in my life. dont quite like the place. nonthing's there that could lure my lust to shop! hehe..

Mya said...

jahat kan... ejek i air bandung bergerak. huhuu...

Must Not Be Named said...

looka80... alamanda is so not my place to shop. Other than sbucks... there's nothing to shout about